"Abang.. kamu hanya abg aku"..
*************************************************__****************************************************************************************
Hani mengusap2 rambut abangnya. Abangnya hanya tersenyum. Hani sedih melihat keadaan abang. Walaupun baru berusia 22 tahun, dia menderita kerana menghidap kanser paru-paru. Tiada apa yang abang boleh buat. Hanya terbaring, kadang-kala meraung kesakitan kerana kesukaran untuk bernafas. Hani faham dengan keadaan abang. Hani faham, Tuhan sayangkan abang, kerana itu Dia memilih abang untuk melalui cabaran ini. Abang memejam mata. Letih. Terus dia tertidur.
"Abang, tidurlah abang.. kalau itu boleh menenangkan abang.. Hani ada disisi abang.. Jangan gusar.."
***************************************************__**************************************************************************************
"Fahmi, ayah tak suka kau keluar malam!, Kau melepak dengan budak2 apa kat luar?!"
Ayah mendengkilkan matanya. Dia marah. Hani memeluk ibunya erat. "Mama, Hani takut..". Mama hanya memberi isyarat menyuruhnya mendiamkan diri. Abang memang selalu buat perangai. Sebab itu ayah selalu marah. "Ayah, aku tak hisap dadah ..itu yang penting!", Abang menjawab. Ayah geram lalu menamparnya. Ayah masuk ke bilik menghempas pintu kuat. Abang tidak puas hati. "AHH~!", dia menjerit. Kaset Eminem yang baru dibelinya dihempas pula. Berkecai, pecah. Dia berlari naik ke atas masuk ke dalam bilik. Menangis. Ya, abang memang seorang yang emosional. Hani tahu, abang tidak bermaksud untuk melawan. Atuk yang menyedari kejadian itu segera mendapatkan abang. "Fahmi..keluar nak.. atuk ni.." Atuk mengetuk2 pintu bilik perlahan. Hani hanya terduduk diam di sofa. Mama sudah pun masuk ke bilik. Mungkin cuba menenangkan ayah. Abang tidak melawan. Hani dapat melihat dia memeluk atuk lalu turun ke bawah berdiri di hadapan pintu bilik ayah. Atuk mengetuk pula pintu bilik ayah. Ayah keluar. Masih dapat melihat kemarahan diwajah ayah. Abang tunduk menangis.
"Tak baik macam ni.. Fahmi.. berbaik dengan ayah.. berdosa ni nak"
Fahmi menangis sebak. Hani menghampiri mereka perlahan. Pada mulanya, abang masih berkeras. Dengan pujuk rayu atuk, abang mengalah. Abang menghulurkan tangan pada ayah. Tanda untuk berbaik. Ayah menarik tangan abang pantas lalu memeluknya erat. " Ayah risau nak.. bukannya ayah marah". Abang menangis sebak. Hani tidak tahan lagi, dia turut menangis. Atuk hanya senyum. Akhirnya mereka berbaik kembali.
Abang memang nakal. Pernah sekali, abang ponteng sekolah. Hanya Hani yang tahu abang ponteng sekolah. Kata abang, dia tidak suka dengan sekolah baru. Tiada kawan katanya. Hani menyakinkan abangnya yang dia akan peroleh kawan nanti. Tapi abang harus berjanji untuk tidak ponteng. Hani akan simpankan rahsia ini. Ini rahsia Hani dan abang. Tidak lama selepas itu, abang ada ramai kawan. Hani gembira. Dia pun tidak ponteng sekolah lagi.
Abang baik. Setiap kali abang mahu keluar berjalan, pasti dia membawa Hani bersama. Pernah satu ketika, abang bawa Hani berjalan di sekitar Kuala Lumpur, dari pagi sehinggalah petang. Abang suka lihat Hani gembira. Kami dua beradik memang rapat. Walaupun bilangan adik beradik sebenarnya 4 orang, abang lebih rapat dengan Hani. Banyak yang abang ajar Hani. Detik-detik bersama abang adalah yang paling mambahgiakan Hani. Tapi ini tidak selamanya.
Kehadiran orang lain dalam hidup abang membuatkan hubungan abang dan Hani semakin jauh. Shidah, atau Kak She adalah cinta pertama abang. Abang sayangkan dia. Abang lebih luangkan masa bersama dia. Hani gembira untuk abang. Tapi, kadang kala, Hani cemburu melihat hubungan abang dengan Kak She. Hani merasa ruang untuk bersama abang semakin kecil. Seolah-olah, Hani disingkarkan ke tepi. Tapi, dia abang Hani, walau bagaimanapun, Hani tetap sayangkan abang.
Pada awalnya, Kak She memang baik, tapi, tidak lama selepas mengenalinya dengan mendalam, Kak She hanya talam dua muka. Kak She melarang abang berbaik dengan Hani. Pelik. Kami adik beradik, kenapa perlu dilarang. Demi menjaga hati abang, Hani kurang bermesra dengan abang. Kadang-kadang abang cuba mengajak Hani keluar, tapi Hani menolak. Hani masih ingat lagi pesanan Kak She, "Hani suka tengok abang gembira ke sedih? Kalau Hani nak abang gembira, jangan mesra dengan dia. Sekarang, abang milik Kak She sepenuhnya". Demi kebahgiaan abang, Hani lakukan ini.
Mama dan ayah tdak tahu rahsia ini. Kak She memang pandai manipulate. Hubungan abang dan Kak She akhirnya diikatkan sebagai suami isteri. Kak She tinggal serumah dengan kami. Walaupun abang ada dirumah, tapi untuk menghampiri abang memang susah. Bila ada kesempatan bermesra dengan abang, Kak She pasti panggil abang masuk ke bilik. Hani sedih. Tapi tidak mengapa, demi kebahgiaan abang, Hani berdiam diri.
Hani dan abang jarang bersama. Kadang2 dengan mama dan ayah pun abang tidak semesra dulu. Dengan adik2 pun abang tidak endah lagi. Kak She segalanya bagi abang.
Kebahgiaan abang dan Kak She hanya sementara. Mungkin Tuhan mahu menunjukkan yang mana benar dan mana yang salah, abang jatuh sakit. Ketika Hani sekeluarga pergi bercuti ke Kuching, mama mendapat panggilan dari Kak She. Abang pengsan! Kesian abang, Kak She kata, bibir abang berdarah, abang tidak sedarkan diri. Dia terjatuh didalam bilik air. Hani dan keluarga hanya boleh berdoa ketika itu, memandangkan penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur adalah pada esok harinya.
Abang dibawa ke hospital. Atas nasihat mama, Kak She menelefon Mak Ngah dan Pak Ngah yang tinggal tidak jauh dari rumah. Setibanya Hani dan keluarga di Kuala Lumpur, mama dan ayah pantas memandu ke hospital HUKM di Cheras. Abang tidak sedarkan diri. Kak She ketika itu menangis2. Abang koma. Hani nampak doktor yang merawat abang memanggil mama dan ayah masuk ke bilik. "Ada perkara yang harus saya beritahu Puan dan Tuan", suara Doktor itu sayu. Hani risau.
"Abang, Hani tahu, mulai dari saat ini, segalanya akan berubah.. tapi sayang Hani pada abang tetap sama."
***********************************************************__****************************************************************************
Abang sudah pun sedar dari koma. Doktor nasihatkan supaya abang mendapatkan rawatan kimotrapi.Rawatan ini selalunya untuk membunuh sel-sel kanser di tubuh. Disebabkan ubat untuk rawatan ini sangat kuat, abang lemah.Walaupun abang tahu, penyakit kanser susah untuk dirawat, abang kuat, dia tekat untuk berusaha. Tapi sayang, pada waktu susah begini, Kak She mula ubah perangai. Katanya pada abang "I nak kuar ngan kawan2 I, boleh k sayang? Nanti i balik bawakkn hadiah", Gedik! Abang lemah, dia tahu dia sudah tidak berdaya untuk bawa Kak She keluar ke sana sini seperti sewaktu dia sihat dulu. Abang rasa bersalah pada Kak She. Perubahan Kak She memang drastik. Kadang-kadang, Hani sendiri menerima beberapa panggilan dari lelaki menanyakan tentang Kak She. "Adik, abang bukan nak cakap ape la.. Si Shidah tu, perempuan sundal, dia tu tido dengan banyak lelaki!", Hani sedih. Entah mahu percaya atau tidak, Hani tahu Tuhan lebih Adil. Tapi Hani diamkan diri. Abang tidak boleh tahu. Hani tidak mahu abang bersedih.
Mama dan ayah bukannya tidak berusaha apa2, tapi, demi menjaga hati abang, penting untuk Hani dan keluarga berdiam diri sahaja. Ada sekali, Nasya, sepupu Hani ternampak Kak She bersama dengan lelaki lain. Lelaki yang lebih tua dan matang dari abang. "Dato miang kot..", kata Nasya kepada Hani. Hani sedih lagi.
Abang hanya terbaring di katil.
"Abang.. Hani sayangkan abang..".
**********************************************************__****************************************************************************
Mak ngah dan Pak ngah sedang sibuk menganyam ketupat. Esok Hari Raya Haji. Hani dan Nasya sedang berbual-bual bersama abang. Kak She belum pulang. Jam didinding menunjukkan pukul 1 pg. Belum pulang lagi. Sedang mereka berbual-bual, sebuah kereta Merc Putih berhenti dihadapan rumah. Hani dan Nasya perlahan-lahan berdiri di sebalik langsir. Kelihatan dua lembaga berada didalam kereta. Peluk?!
Tidak lama beberapa minit, Kak She keluar. Dia tersenyum sambil melambai-lambai kearah lelaki yang berada didalam kereta itu. "Jumpa esok lagi k?", Kak She perlahan menuju ke pintu masuk rumah. Kereta Merc Putih itu berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Hani dan Nasya bergegas lari kearah abang. Abang sedih. "Hi sayang, i dah balik..", Mak ngah dan Pak ngah tidak endah. Kak She tidak peduli, dia naik keatas.
"She, mari sini duduk sebelah I" Abang memanggilnya. Perlahan sahaja suara abang. Abang letih.Badan abang pun sudah semakin kurus. Kasihan abang. Kak She pada mulanya tidak endah. Mak ngah geram. "She! Suami engkau panggil!Jangan melawan!" Mak ngah teriak. Kak She yang terkejut dengan teriakan itu turun semula menghampiri abang. Hani dan Nasya terkebil-kebil melihatkan reaksi Mak Ngah. Abang memegang tangan Kak She.
"Asal dengan u ni.. I penatlah"
"She.. " perlahan suara abang.. "Abang, Hani tahu abang letih.. "
"She..dengan bersaksikan mak ngah.. dan pak ngah.. serta adik dan sepupu i, .. " abang berhenti sekejap.
Terbatuk . Kak She pelik.
"Saya menceraikan awak dengan talak tiga!". Terkejut,Hani dan Nasya terdiam. Mak ngah dan Pak ngah juga berhenti menganyam. Kak She yang separuh sedar, tersengeh tanda tidak percaya.
"You bergurau kan sayang..?"dia ketawa kecil.Abang menggeleng.
"I ceraikan u talak tiga", abang nyatakan sekali lagi. Kak She memegang erat tangan abang. Cuba memujuk.
Mak ngah dan Pak ngah yang pada mulanya diam, kini bersuara.
"Haram untuk kau berpegang tangan dengan Fahmi.Hani, bawa abang masuk bilik"
Hani dan Nasya terkejut. Mereka hanya menurut. Abang melepaskan genggaman tangan Kak She.
"You! sayang.. sampai hati! Sayang!!" Kak She menjerit.
Nasya menepis Kak She. Abang segera meninggalkan Kak She dibawah. Hani sayangkan abang. Tangan abang Hani pimpin sekuat2nya. Abang, Hani tidak akan lepaskan abang. Percaya pada Hani. Abang hanya mengalirkan airmata.
"Abang, jika melepaskan dia..adalah yang terbaik.. Hani dibelakang abang.."
*******************************************************__******************************************************************************
Semenjak Kak She tiada, abang gembira sahaja. " Hani, ..mungkin abang takkan lama... Hani jagalah keluarga baik2"... Itu lah kata-kata abang yang terakhir Hani dengar. Selepas itu, abang tidak banyak bercakap. Dia hanya tersenyum, dan memeluk adik-adiknya termasuk Hani.
"Abang, sepenuh hati Hani, hanya abang yang Hani sayang.."
*******************************************************__******************************************************************************
Hani benci abang! Abang koma lagi. Kenapa abang tidak beritahu Hani yang abang perlukan rawatan?! Abang sanggup menahan sakit semata-mata untuk menunggu kepulangan mama dan ayah dari Mekah. Abang kata "Mama dan ayah, maafkan Fahmi,... kalau Fahmi pergi awal ke hospital, mungkin Fahmi takkan jumpe mama dengan ayah lagi". Hani benci abang! Abang tahu Hani sayangkan abang. Abang koma, tidak sedarkan diri. Ayah dan mama tidak putus2 solat, berdoa pada Allah agar permudahkan perjalanan abang.
"Ampunkan Hani yang pernah terdetik membenci abang.. Benci kerana terlalu sayangkan abang"
********************************************___***************************************************************************************
Panggilan telefon dirumah diangkat oleh Pak ngah. "Hani...Hani..", Mak Ngah mengejut Hani perlahan. Hani yang tertidur dengan linangan air mata, menangis lagi. Mak ngah menangis. Matanya merah. Hani berjalan perlahan menuju ke telefon. Pak Ngah menghulurkan ganggang kepadanya. "He..ll.o.." Hani gugup.
Suara ayah seakan-akan sedang menangis teresak-esak. "Hani, .. abang.. abang.. meninggal..".
Hani terkejut. Terkedu. Ganggang itu terlepas dari tangannya... Abang...
"Abang..."
********************************************************__*****************************************************************************
"Walaupun abang pergi, Hani tetap rasakan kehadiran abang.., semua kenangan manis kita dua beradik akan Hani ingat selalu.. Hani berjanji, akan menggantikan tempat abang.. Sebagai Kakak kepada 2 adik beradik yang masih kecil.. Hani tahu, abang bahagia disana...Tiada sesiapa yang boleh mengganti tempat abang"
Tetap dan selamanya. Abang.
"Sayangilah setiap insan yang masih berada disisi anda, kita mudah terlupa, bila dia sudah tiada, baru kita merasa..."
The memory of beloved Abang.
No comments:
Post a Comment