Monday, July 28, 2008

Persinggahan Yang Sekejap..

Ayuni menghelakan nafas lega. Kertas Advance Database System tadi memang susah. Lain dari yang digambarkan Puan Rozana. Tidak semudah kertas peperiksaan tahun lalu. Dengan lega, Ayuni merebahkan diri di katil. "Yes! Tamat dah semua." Dia tersenyum. Tergambar di kotak fikirannya apa yang hendak dilakukan semasa musim cuti semester. Siti, rakan sebiliknya sudah pun pulang ke Kuala Lumpur memandangkan kertas peperiksaannnya habis awal. Dengan perasaan lega, dia tertidur.

*************************************************************************__**************************************************************

KRING...KRING... KRING.... "Dah pukul berapa ni.. ahh~", menguap. Alarm clock dari handphone nya di off kan. Bingkas bangun menuju ke jendela. Sunyi. "Mungkin semua dah balik kot..", Ayuni berbisik. Tanpa lengah, Ayuni segera menggapai tuala nya lalu menuju ke bilik mandi. Seram sejuk. " Ni yang aku benci pasal asrama ni... ", mengomel seorang diri. Sekolah Asrama Penuh Seri Iskandar petang tadi riuh kini bertukar sunyi. Ramai pelajar-pelajar sudah pun pulang ke rumah masing-masing memandangkan cuti semester sudah bermula. Disebabkan tiket kapal terbang untuk pulang ke rumah adalah pagi esok, maka, Ayuni terpaksa bermalam seorang diri di asrama pada malam itu.

Ayuni berjalan perlahan menuju ke bilik air. "Kenapa la nak kena shower kat hujung2.. aiih~!", merungut lagi. Bilik mandi asrama itu terletak dihujung setiap tingkat.Hanya bunyi unggas2 kecil malam yang menemani Ayuni sepanjang dia berjalan menuju ke bilik mandi. Berhasrat untuk mandi sekejap, Ayuni pantas masuk ke bilik mandi. Terang. Lampu kalimantang menerangi bilik mandi tersebut. Ayuni berjalan laju menuju ke bilik shower. Mandi.

"Yuni"

Terdiam. Ayuni menutup air shower. Tiada suara. Dia sambung mandi.

"Yuni"

Lagi. Suara yang sama. Ayuni pantas menarik tualanya yang disidai dihujung pintu. Tidak mahu menyahut panggilan itu, Ayuni segera keluar dari bilik shower. Berlari-lari anak meninggalkan bilik mandi. Dia keliru. "Sape panggil... "Tidak berani untuk menoleh, Ayuni meluru laju masuk ke bilik asrama nya. Lega.

Selesai solat Isyak, Ayuni duduk di meja belajarnya. Membelek2 majalah hiburan, dia merungut lagi. " Bosannya. . Warden pon pg mane.. aiih~!".Majalah hiburan itu diletak kembali di atas meja. Dalam kesepian, dia terimbas kembali kejadian di bilik mandi. "Aku macam dengar orang panggil... ahh..~ pelik." Dia keliru. Difikir-fikirnya, dia letih. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 12 malam. Sedang asyik Ayuni memikirkan perkara tersebut, pintu biliknya diketuk.

TOK..TOK... Ayuni terkejut. "Siapa pula..". Dia berdiri menghampiri pintu bilik itu. "Siapa tu??", Ayuni teriak. Tiada jawapan. Ayuni semakin gelisah. Jantung berdegup pantas. "Mungkin ada "stalker" yang miang2 masuk ke asrama perempuan...lebih baik jangan buka...". Ayuni mendekatkan dirinya ke pintu. "Ayuni.. ini saya. Budak asrama kat sini" lembaga diluar itu menyahut. "Perempuan.. " Ayuni lega. Dia membuka pintu biliknya. Seorang perempuan berpakaian cukup lengkap dengan tudung dan seluar jeans tersenyum memandang ke arahnya. Ayuni mengerut.

"Awak nak cari siapa?"
"Ooo.. takde apa2 saye pon student kat sini.. sy boring la duk bwh sorang2 so .. sy dtg naik atas."

Ayuni ketawa kecil. Meminta maaf atas perlakuannya, dia mengajak perempuan itu masuk ke biliknya.Tapi pelik, Ayuni tidak pernah nampak perempuan itu sebelum ini di sekitar asrama atau sekolah. Mungkin junior yang baru masuk ke tingkatan 3. Perempuan itu senyum sahaja.

"Macam mana awak tahu name saye Ayuni?"
Ayuni memulakan perbualan. Perempuan itu ketawa kecil.
"Hehe...Kan nama kat luar tu ade.. kat pintu bilik tu.."
Dia menjawab perlahan. Ketawa lagi. Ayuni tersengeh.
"Nama awak sape ye? saye tak pernah nampak awak before ni.."
Ayuni mendekati perempuan itu. Dia memandang kearah perempuan itu dengan penuh kekeliruan. Perempuan itu memandang kearahnya. Ketawa lagi.
"Hehe.. Nama saya Hidayah." Tersenyum.

Malam itu, mereka berbual panjang. Walaupun baru berkenalan, bagi Ayuni, Hidayah seorang yang peramah dan suka ketawa.

Tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 3pg. Ayuni mula menguap. "Awak tak mengantuk ke? kalau awak nak tidur kat katil Siti, tidur aje", Ayuni mempelawa Hidayah untuk bermalam bersama di biliknya. Hidayah senyum dan ketawa lagi. "Hehe...Ayuni.. mari ikut saya ke bawah skejap, saye nak amik barang", Hidayah berdiri memegang tangan Ayuni. Ayuni yang didalam keletihan dan mengantuk mengangguk tanda setuju. Perlahan2 mereka berjalan di koridor lalu turun ke tingkat 3 asrama puteri itu. Gelap.

"Mane bilik awak Dayah?", Ayuni menguap. Sambil mengusap2 matanya, dia memandang kearah lantai. Perlahan2 mereka berjalan, kerana terlalu gelap, takut terlanggar kotak2 yang tersusun di sepanjang koridor. Hidayah hanya diam. Dia memimpin tangan Ayuni kuat. Ayuni mulai hairan. Hidayah tidak singgah dimana2 bilik, sebaliknya, dia meluru pantas ke hujung koridor berdekatan dengan bilik mandi. Hidayah melepaskan tangan Ayuni.

"Awak kate nak amik barang?" Ayuni cuba bertanya. Hidayah ketawa kecil. Bulan mengambang. Hanya cahaya bulan sahaja yang menemani mereka. Seram.Sejuk. Ayuni mengundur dari Hidayah.

"Ayuni." Hidayah bersuara. Dengan pantas, Hidayah berlari menuju ke hujung koridor lalu terjun. Ayuni yang melihatkan perlakuan itu terkedu. Kakinya menggigil, jantungnya berdegup pantas. "TERJUN?!!". Tanpa lengah Ayuni berlari meninggalkan koridor itu. Oleh kerana terlalu gelap, kaki Ayuni terlanggar satu daripada kotak2 yang disusun di koridor itu. Terjatuh. Belum sempat Ayuni bangun, satu lembaga hitam menghulurkan tangan untuk membantunya. Ayuni tergamam. "AYUNI.. MARI SAYA BANTU AWAK..HEHEHEHE~". Pengsan.

***************************************************************************__********************************************************

Ayuni terbangun dari tidur. Cikgu Khalidah, warden asrama puteri duduk disisinya. Dengan kebingungan, Ayuni memandang kearah warden nya. "Ayuni, tadi saya jumpe awak terbaring di tingkat 3, awak okay ke?", Cikgu Khalidah menghulurkan teh panas kearah Ayuni."Cikgu...sa..sa..ye.. " Ayuni diam. Dia masih lagi menggigil. Cikgu Khalidah hanya tersenyum. "Selawat banyak2", Cikgu mengurut2 badan Ayuni. Ayuni masih didalam dilema."Cikgu, saya...saya..nampak ..sesuatu... .", Ayuni masih bingung. Cikgu Khalidah menarik tangan Ayuni. "Mari ikut saya pergi toilet. Basuh muka awak tu", Ayuni menurut. Cikgu Khalidah memegang tangannya erat. Sesampainya mereka dihujung koridor, Cikgu Khalidah melepaskan tangan Ayuni. "Ayuni.. Awak ingat tak apa yang awk nampak tadi?", tersenyum, dia memandang kearah Ayuni.Ayuni menggeleng tidak pasti. "Saya ingatkan untuk awak sekali lagi.. HEHEHEHE~", Cikgu Khalidah berlari lalu terjun. Ayuni...rebah.

******************************************************************************__*****************************************************

Semenjak kejadian itu, Ayuni tidak lagi bersekolah disitu. Ramai yang menganggap cerita itu hanyalah rekaan. Tapi sememangnya, satu kejadian ngeri pernah berlaku disekolah itu. Seorang pelajar perempuan pernah membunuh diri dengan melompat dari koridor tingkat 3. Kerana pencapaiannya kurang baik, dia give up and commit suicide. Dan pada malam kejadian Ayuni dikacau, Cikgu Khalidah, warden asrama puteri pula terlibat dengan kemalangan yang mengerikan. Sememangnya, roh2 itu singgah sekejap di asrama.

Itu lah persinggahan yang sekejap..

* ngantuk *

ps/: Nama2 diatas tidak rujuk kepada sesiapa.

No comments: