Wednesday, August 13, 2008

2 kali..

Haikal ialah seorang pemandu teksi yang berumur 30 tahun. Memang susah hidup Haikal. Dengan lepasan SPM sahaja, itu sahajalah rezeki yang boleh diperolehinya. Dengan kemahiran memandu yang dimilikinya, Haikal tekat untuk bekerja sebagai pemandu teksi. Setiap malam, Jalan Ampang merupakan kawasan yang banyak penumpang.Tidak kiralah tua atau muda, jauh atau dekat, tetap akan Haikal hantar hingga sampai ke destinasi mereka.Setiap malam, adalah sama.Tapi malam itu.....

****************************************************************************************

"Hm.. Macam takde orang saje malam ni..". Haikal merungut. Malam itu, hanya 2 penumpang yang menaiki teksinya.Kecewa, dia terus mencari. Sepanjang jalan di Jalan Ampang, lengang. Radio hot.fm menemani dan menghiburkannya. Haikal ketawa kecil mendengar celoteh DJ Farah malam itu. Beberapa minit kemudian, Haikal ternampak akan lambaian seseorang yang sedang berdiri disisi jalanraya. "Perempuan. Cantik." Bisik hatinya. Dia memerlahankan teksinya. Cermin kereta dibuka.

"Cik.. mahu naik teksi?" Haikal menegur perempuan itu. Perempuan itu berdiri kaku. Tunduk.
"Cik?? Mahu naik teksi?" Kali ini suara Haikal tinggi. Mungkin perempuan itu tidak mendengar suaranya tadi. Dia mengangguk.Dia berjalan perlahan masuk ke dalam teksi. Diam sahaja.

"Cik, cik nak turun dimana?", sambil memerhati perempuan itu melalui "sidemirrow", Haikal cuba berbaik. Maklumlah, penumpang always right!Tersipu-sipu, perempuan itu menjawab "Jalan Langkasuka". Haikal mengangguk. Teksinya itu dipandu perlahan.

Sepanjang jalan menuju ke Jalan Langkasuka, perempuan itu diam sahaja. Sesekali, Haikal terdengar suara perempuan itu seakan-akan menangis. "Mungkin bergaduh dengan boyfriend la ni", Haikal berbisik. Perempuan itu menawan. Kalau dilihatkan dari bentuk fizikalnya, dia menarik. Cuma, Haikal masih tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Perempuan itu berumur lingkungan 25 tahun. Dengan berpakaiankan baju kerja seperti executive atasan,perempuan itu pasti sudah bekerja. Haikal sempat melihat jenama di beg tangannya. PRADA. Mesti orang berada. Lagikan pula, tempat yang dituju, Jalan Langkasuka adalah taman perumahan bagi orang2 yang berada.

"Encik.."
Perempuan itu bersuara. Haikal melihatnya melalui cermin sisi.
"Berhenti sahaja disini.."
Haikal pelik.
"Cik.. Jalan Langkasuka beberapa kilometer sahaja lagi.. kat sini bahaya ni". Keadaan jalan yang agak sepi dan berdekatan jambatan itu membuatkan Haikal berani menegur penumpangnya. Semasa teksi itu melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba perempuan itu meninggikan suara.

"Encik.. berhentikan kenderaan skrg..!"
Haikal menekan break keretanya, pantas. Haikal terkejut. Enjin keretanya pula yang mati secara tiba-tiba.

"Eh! Kenapa dengan kereta ni!" Haikal bengang. Perempuan itu kemudian menghulurkan wang kepada Haikal.
"Amik ni encik. Terima kasih",Tidak mengendahkan bayaran daripada perempuan itu, Haikal masih mencuba-cuba menghidupkan teksinya. Penumpang itu bingkas keluar. Dia berjalan menuju ke hadapan teksi. Berdiri tegak memandang tajam kearah Haikal.Dia mengetuk bonet enjin hadapan teksi itu. Haikal yang menyedarinya menoleh. Dia terpaku.

Ya, perempuan itu memang cantik. Terpegun. Dari mulanya tadi, Haikal tidak berpeluang melihat wajah penumpangnya, kini dia bisa. Haikal diam. Rambutnya panjang mencecah bahu, berwarna hitam pekat, wajahnya putih dan kulitnya gebu.Memang sangat cantik. Perempuan itu tersenyum. Dengan perlahan-lahan, perempuan itu menghampiri sisi jambatan itu. Haikal hanya melihat perilakunya. Perempuan itu memanjat tembok jambatan itu! Haikal pelik. Selesai dia memanjat, perempuan itu berdiri lalu ketawa mengilai-ngilai. Haikal panik. Dia cuba keluar dari teksi, tapi tidak berjaya. Seakan-akan ada satu kuasa yang kuat menghalangnya dari membuka pintu teksinya. Sambil dia berusaha membuka pintu, dia juga menoleh kearah perempuan itu. Perempuan itu ketawa lagi. Dia melambai.

"Ya .. Allah.." Bulu romanya meremang. Perempuan itu terjun!Haikal yang terkejut dan takut berusaha untuk menghidupkan enjin teksinya. "Bismillah", dengan bacaan kalimat itu, keretanya hidup. Dengan pantas dia memandu meninggalkan kawasan jambatan itu. Haikal tidak berani untuk melihat atau mencari perempuan itu. Lebih elok jika dia segera menuju ke balai polis dan membuat laporan.

***************************************************************************

Haikal masih lagi fobia. Selesai membuat laporan, Haikal cuba memikirkan dan mengingati apa yang berlaku.Sebelum itu, Haikal berserta beberapa anggota polis segera menuju ke tempat kejadian. Tapi malang, mayat atau tubuh perempuan itu tidak ditemui. Yang pelik, barang-barang perempuan itu seperti tas tangan juga tidak ditemui. Haikal pasti, dengan ketinggian jambatan itu dari sungai, pasti perempuan itu mati lemas atau mati jatuh terhempas di tepi perkarangan sungai.

"Nasib baik aku tak kene lokap.." Haikal lega. Tapi, kejadian yang berlaku padanya beberapa jam yang lepas masih diingatannya.
"Pelik.. betulla aku nampak perempuan tu... Aduh.. dah gak pshyco.." Haikal bingung. Dia masih lagi merasa pelik. Perasaan takut sepeti ternampak hantu juga dirasanya.
"Ahh.. tak nak la pikir pasal ni lagi..Baik aku cari penumpang.. Jam pun nak dekat pukul 4pagi dah", Haikal menguap. Mula rasa mengantuk.

Dalam gelap malam itu, Haikal ternampak lambaian seseorang. Haikal pantas memberhentikan teksinya dekat dengan penumpang itu.

"YA ALLAH!" Haikal memecut meninggalkan penumpang itu. Tidak menoleh lagi kebelakang.

***************************************************************************************************

Haikal demam pada esok harinya. Rakan serumahnya, Ekram menjaganya.

"Apa yang ko nampak?"
Haikal menggigil.
"Ak..aku.. nam..nampak.."

Semasa Haikal berhenti mendekati penumpang itu, Haikal sangat kenal dengan bentuk badan dan pakaiannya. Memang perempuan itu!

"Encik.. Jalan Langkasuka.."

Tamat.

No comments: