Berita pemergian Shasha benar2 mengejutkan. Harapan Shasha untuk melanjutkan pelajarannya ke London tidak kesampaian. Erin yang mengetahui akan kehilangan rakan baiknya itu berasa amat sedih. Tidak terkata apa2 hanya memandang kearah kubur yang tanahnya masih merah. Dengan bacaan Yaasin dan doa, Erin menghadiakan pada rakannya.
*****************************************************************************__***********************************************************
"Elle, .. aku rasa tak sedap badan la Elle.. ", Erin mengurut2 badannya. Letih. Elle,rakan barunya mengurut2 badannya. "Macam mana kau boleh rasa tak sedap badan je ni.. aih" , Elle mengeluh. Dia mengurut lagi. Erin menangis. " Elle, .. aku rindukan Shasha..", Erin memandang kearah Elle. Elle berhenti mengurut. Linangan air mata membasahi pipinya. Elle merapati rakannya lalu memeluk erat. "Jangan nangis.. tiap2 malam pun kau nangis macam ni... tak baik.. ape yang pergi.. harus pergi.." Elle mengusap2 perlahan rambut Erin.
Semenjak Shasha tiada, Erin nampak berubah. Selalu menangis. Walaupun Erin peroleh kedudukan sebagai pelajar kampus terbaik, dan mendapat peluang menggantikan tempat Shasha ke London, dia tetap bersedih. Elle faham dengan Erin. Walaupun hanya beberapa bulan mereka berkenalan, tetapi Elle dapat merasakan Erin amat menyayangi dan memerlukan Shasha.
Tidak lama selepas itu, Erin tertido. Elle menyelimutinya lalu meninggalkan Erin. Elle perlu kembali ke biliknya utk menyiapkan assignment yang diberikan Professor Anwar siang tadi.
**************************************************************************************__**********************************************
"Hi Erin.."
"Sha.. macam mana kau boleh ade kat bilik aku.. kat si..ni.."
"Erin.. aku takkan tinggalkan kau.. jgn sedih lagi k Erin.."
Shasha memeluk erat rakannya. Erin terkedu. " Tak mungkin.." AHH~
Terbangun.Hanya mimpi. Setiap malam Erin termimpikan Shasha.Lega. Jam di meja menunjukkan tepat jam 5 pg. Elle tiada bersamanya. Mungkin Elle tinggalkannya supaya dia boleh tidur dan rehat lebih lama. Bingkai gambar kenangan bersama arwah Shasha tersusun cantik di atas meja. Menuju ke bilik air perlahan. Tiba-tiba lampu biliknya tertutup. Erin berdiri kaku. Tangannya cuba menggapai lampu suluh di meja belajarnya. "Aiih~ Asal black out lak ni!" , dia meradang. Gapai. TorchLight akhirnya ditangannya. Perlahan dia berjalan ke arah pintu bilik.
"ERIN~"
Terdiam. "Suara.. suara itu memanggil aku".. Kata hati kecil Erin.Erin gelisah dan ketakutan.
"ERIN~"
Dengan pantas, Erin membuka pintu dan berlari menuju kebilik rakannya Elle. Diketuk2, tiada sesiapa yang menjawab." Elle~! Elle~!" Erin menjerit. Tiada sesiapa yang menjawab. Dengan perasaan yang takut, dia berlari kembali masuk ke biliknya. Erin pantas menyelibungi dirinya dengan selimut. Berketar2. Dia tidak berkata apa2. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga terlupa. "ERIN.. JANGAN TAKUT.. AKU TAK TINGGALKAN ENGKAU..".Suara itu seakan2 menghampiri Erin. Takut. "Ini.. Shasha.!" . Erin menjerit.
Terbangun. Mimpi ngeri lagi.Dia mengeluh. Jam di meja bersebelahan dengannya menunjukkan tepat jam 7 pagi. Bingkas bangun dia bersiap untuk ke kampus.
*****************************************************************************************__********************************************
Erin mengemas2 barangnya. Bilik berselerak. Erin sudah pun mendapat kebenaran dari warden untuk bertukar ke hostel yang lain. Alasannya kerana setiap malam dia bermimpikan perkara yang sama. Shasha kembali kepadanya. Dalam dia sibuk mengemas barang, tiba2 Elle datang memeluknya dari belakang. " Erin.. Rinduu sangat kat kau la".. Erin terdiam. " Elle.. tepi. aku tak suka kau buat macam tu.. ". Elle melepaskan pelukannya. "Jangan buat lagi k? " Erin senyum. Dia tidak mahu menyinggung perasaan Elle. "Erin.. dulu kan kita selalu macam tu.." Elle seakan2 merajauk. Erin keliru. "Elle, apa yang kau ckp ni?... Erm.. mane ade dulu2.. Elle?". Elle menjeling lalu meninggalkannya. Erin keliru lagi. Dia menyambung mengemas barang2 nya.
******************************************************************************************__**************************************
Bilik baru, Harapan baru! Itu lah yang berbisik di hati Erin. Bilik ini tidak akan mengingatkan dia kepada Shasha. 2 bulan lagi, dia akan tinggalkan tempat ini. Ke London untuk melanjutkan pelajarannya. Hanya 2 bulan lagi. Barang2 yang tersimpan didalam kotak akhirnya disusun cantik di bilik barunya. Gambar2 kenangan dengan Shasha sudah dibuang supaya dia dapat melupakan Shasha. Cling..Cling.. Telefon bimbitnya berbunyi."Sape ni.." Erin membaca text pendek SMS yang di hantar kepadanya. "Elle..". Erin membaca pesanan ringkas itu.
Sayangku Erin,
Jangan lupa datang ke Fakulti Seni malam ini jam 11 mlm..
Elle ada hadiah istimewa utk Erin.
Elle.
Pelik. Erin tidak membalas pesanan itu.
*********************************************************************************************__****************************************
Jam ditangan menunjukkan tepat jam 10.45 mlm. Erin melangkah perlahan ke fakulti Seni. Sunyi. Pelik. Apa kejutan yang Elle mahu berikan kepadanya. "Elle?", Erin memanggil. Pintu fakulti Seni terbuka. Erin melangkah masuk ke dalam. Gelap. Tiba2 dia merasa sesuatu memeluknya dari belakang. Elle!
"Elle! Nape ni~! Jgn wat cam ni la.!", kerana terkejut, Erin menjerit kearahnya. Elle hanya tersenyum. Dia memegang tangan Erin menuju ke meja tulis bilik kuliah. Elle memasang lilin.
"Erin.. Erin tahu ini ape?"
Di tangan Erin, sebuah diari hitam yang pernah dilihatnya dulu dipegang erat oleh Elle.
"Pegang ni Erin.. Erin tahu semua ni kan?"
Erin takut. Dia melepaskan diari hitam itu.
"Mari kita baca ape yang Erin inginkan..."
Elle membelek2 diari hitam itu. Erin yang terkedu ketakutan itu terduduk. Berpeluh.
"Erm.. hah sini.. "Aku Erin, inginkan semua yang menjadi milik Shasha..."
"BERHENTI Elle!!!" Erin menjerit. Dia mula menangis. Elle tersenyum. Seakan2 dirasuk, dia menarik rambut Erin.
"Erin..~,kenape nak nangis.. Kau tahu aku sgt sayangkan kau?!"
Suara Elle berubah. Shasha!
"Aku juga menghajatkan sesuatu Erin... Menghajatkan kita akan bersama2 sampai mati!". Jelas sekarang. Elle dirasuk oleh Shasha.
Sebelum Erin menuliskan hasrat dan hajatnya, Shasha pernah menulis hasratnya juga. Dia mahukan hubungan berkekalan dengan Erin selama-lamanya. Tetapi di sebabkan perkelahian antara mereka, Shasha cuba menjauhkan diri. Tapi tidak terdaya. Dia harus bersama dengan Erin. Shasha tidak mahu menyakitkan hati Erin. Dia cuba mengurungkan dirinya di rumah supaya tidak bersama dengan Erin. Tetapi jiwanya kacau dan merana kerana keinginan yang dia harapkan di dalam diari hitam itu. Tapi malangnya, pada masa yang sama, Erin turut mempunyai keinginan untuk mendapatkan apa yang Shasha ada. Dengan ketamakan itu, dia telah membunuh Shasha. Oleh kerana harapan Shasha untuk terus bersama dengan Erin turut di tulis dalam diari hitam, walaupun dia mati, dia tetap akan terus bersamanya.
Erin menangis teresak2. Roh Shasha berdiri disebelahnya. Elle rebah tidak sedarkan diri. "Maafkan Erin, Sha..." Shasha hanya tersenyum. Dengan muka yang pucat dan badan yang lemah, dia memeluk Erin dari belakang. "Sha tak pernah marahkan Erin.., kita sama2 k?.." Erin cuba menolak Shasha. Tapi tidak berdaya. Kekuatan yang ada pada Shasha amat kuat. Erin give up. "Sha.. jgn apa2 kan Elle.. bawak lah aku bersama mu.." Shasha tersenyum. Hilang....
*****************************************************************************************__********************************************
"Elle, dulu kau rapat kan dgn Erin.. mana dia skrg eh? dah pg London ke?", Madiyah cuba berbual. Elle keliru. "Siapa Erin?". Madiyah dan beberapa orang rakan yang lain pelik. "Eh.. bukan kau selalu ke hulu ke hilir ke dulu.. ? Ala yang kawan baik Shasha tu?". Elle menggeleng2kan kepala. Dia tidak pernah kenal Erin. Mereka semua keliru.
**************************************************************************************__*************************************************
TAMMAT. (Aiih..~ aku pon keliru.. cam ne nak abiskan cite ni.. letih tul.. T_T)
No comments:
Post a Comment