Sunday, July 27, 2008

Diari Hitam

Shasha memandang ke arah rakannya Erin yg sedang asik mendengar lagu dari mp3. Tersenyum. "Aku takkan berpisah dengan kamu.." hati kecilnye berbisik.
*******************************************************************__**********************************************************************

Kecoh di kampus, pelajar2 sibuk berbual tentang "Diari Hitam". Ada yang kata, sesiapa yg menulis harapan di dalam diari puaka itu, akan mendapat apa yg mereka inginkan. Erin mendakap erat tangan Shasha, "Betul ke sha?", memandang lama kearah Shasha. Menggeleng."Tak mungkin la.. Hahaha.. jgn kate yg kau percaye Erin. Hahahaha.. Kalau la betulkan, ape yg kau harapkan?" Shasha ketawa kecil. Erin hanya tersenyum memandang ke arah rakannya itu.

Memg ramai yg tahu, mereka berdua kawan baik, dr standard school lagi sehingga sama2 masuk ke kampus. Ada yang kata, seperti twins, ade yang kata mereka mengeratkn relationship yang salah,semua anggapan dan kata2 tidak diendahkan mereka berdua. Yang penting, mereka tetap bersama. Tapi, walaupun mereka bersama, tetap ade perbezaannya. Shasha lebih baik dalam bidang akademik dan selalu mendapat pujian, berbeza dgn Erin yang kurang menyerlah dalam pelajarannya. Walaupun begitu, Shasha selalu membantu Erin. Malahan, kadang kala, Shasha sanggup menyiapkan assignment rakannya itu.

Tapi semua yang indah tidak pernah kekal.. Semuanya mula berubah..

*********************************************************************__****************************************************************
"Sha, kenape semuanye pasal kau!! Kau la bagus, kau la yang terbaik, kau lah semuanya! Aku bosan!" Erin membaling bebola kaca pemberian Shasha ke arah nya. Nasib baik Shasha mengelak. Bebola kaca itu pecah. Shasha hanya tergamam melihat rakannya itu. "Kenapa kau harus berubah? ..Aku biase saje Erin"..Shasha menangis melihatkan sikap rakannya itu. Erin tidak memandang ke arahnya,menolak Shasha keluar dari bilik, dia menghempaskan pintu. Shasha terkedu. Terduduk. "Jangan tinggalkan aku..." teresak2, Shasha terus berlalu.

Sudah lama Erin tidak bertemu dengan Shasha. Dia juga tidak menghadiri kuliah. Coursemate ramai yang bertanyakan tentang Shasha kepada Erin, Erin hanya membisu. Dalam hatinya berdetik, takkan pernah dia menyayangi dan berkawan dgn Shasha lagi. Dia lebih senang bersendirian.

Kelas berakhir. Erin perlahan berjalan kearah hostelnya. Dalam perjalanannya ke bilik , die terdengar beberapa rakan kampusnya sedang rancak berbual tentang Shasha. "Kau tahu, Shasha dah terima belajar kat London, haha.. aku tahu die tu lagi pandai dr kawan die yg bongkak tu.." Mereka memerli. Erin menjeling lalu pantas meninggalkan sekumpulan pelajar yang sibuk berbual. "Ahh.. Shasha bangsat.. die nak menang lagi!..." mengomel. Sesampainya Erin di pintu biliknya, tiba2 satu lembaga melompat dan memeluknya dari belakang. "Erin!.. ". Lembaga itu semestinya Shasha."Kau tahukan Erin, aku dpt belajar ke London.. hehe ingat tak yang kite apply sama2 tu... " Erin menolak tangan rakannya."Ape yang kau nak?!!" menjerit. Shasha terdiam. Tunduk membisu. "Miss Shasha, aku dah bagitau engkau kan.. aku tak suka kau.. aku benci!! Boleh tolong blah tak?!". Erin mendengkilkan matanya. Tangannye memegang erat baju Shasha. Shasha mengangguk. "Aku hanya nak kongsi..". Erin memotong kata2 nya."Ape?!! Kongsi ape?!! Igt kongsi Raya ke ape?! Blah2. Aku tak suka kau.. aku BENCI!!" skali lagi pintu bilik dihempas. Shasha menangis lagi. Dia berlari meninggalkan kawasan hostel.

****************************************************************__********************************************************************

Malam itu, angin bertiup sepoi2 bahasa. Erin kesunyian. Dia berjalan2 di kawasan kampus seorang diri. Biasenya, Shasha akan menemaninya di hostel.Shasha anak orang berada.Compare to Erin, anak seorang guru dan kerani, hidupnya jauh lebih simple dan susah dari Shasha.Walaupun Shasha kaya, dia tidak pernah membandingkan semua itu. Tetapi, semenjak pergaduhan itu, Shasha tidak berani lagi mendekati Erin. Erin sememangnya membenci Shasha.

Sedang Erin berjalan seorg diri sambil bermain2 dengan memori, dia terdengar seperti ada sesuatu yang berbisik."MARI KESINI... ENGKAU PERLUKAN AKU..." Suara itu seakan2 memanggil Erin. Die terdiam. Bulu2 romanya tegak berdiri. Sejuk. Seram. "Sape tu?! Jangan main2!!" Erin bersuara. "MARI KESINI...ENGKAU PERLUKAN AKU...", Erin menoleh kearah kiri dan kanan. Suara itu kedengaran perlahan saja. Dari Fakulti Seni. Erin pantas menuju ke fakulti itu. Sunyi dan gelap. "Sape tu?!", Erin menjerit perlahan. Takut didengar oleh security guard. "HEHEHEHEHEHE~", suara itu seakan2 ketawa. Erin menjadi semakin takut. Dia memegang erat tombol pintu fakulti Seni itu. Perlahan membuka nya.. PITCH BLACK. Tiada sesiapa di dalam bilik. Selangkan dia mula berjalan, terasa seperti sesuatu die kakinya. Die mamandang ke arah lantai. "Diari?", dia bingung. Diari Hitam itu diangkatnya perlahan-lahan. Dalam ketakutan, dia teringat dengan cerita "DIari Hitam" yang selalu dibual-bualkan oleh pelajar kampus. Kerana terperanjat dan takut, dia menghempas diari itu lalu berlari pantas menuju ke bilik hostel.

"Aku... ber.. ber.. mimpi.. ahh.. "
Berpeluh.
Erin pantas merebahkan dirinya di katil. Keras. Di bahagian kepalanya ada sesuatu.
Diari! Diari Hitam itu berada di atas katil di biliknya. Dia menjerit. Ketakutan dia lari pantas ke pintu. "TUNGGU!!"
Suara itu lagi. Erin terdiam. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
"ENGKAU PERLUKAN AKU.."
Seperti dirasuk, Erin berjalan kearah katilnya mendapatkan Diari Hitam itu. Tidak disedari , tangannya sudah pun memegang pen. Dia menulis. .."Ku ingin kan........................"

**********************************************************************__***************************************************************

Bersambung.

p/s. X bagus sgt dlm penulisan. Just nak men cita2 je. Hehehehehe. ^_^ mase lapang ne.

No comments: