Thursday, July 2, 2009

Sudah..

Sudah aku cuba untuk tidak melukakan hatimu,
Hanya bersama dengan dirimu,
Namun, semua itu bukan kuasaku,
Aku tahu rasanya ditinggalkan,
Kerana aku pernah merasainya suatu ketika dulu,
Katanye hidup hanya untukku,
Tapi sebenarnya kasih tak pernah sampai dalam kalbu,
Aku terkelu, tertanya-tanya,
Apakah ini namanya cinta.

Maafkan aku sayang,
Sudah, sudah, sampai disini sahaja,
Kau yang terindah dan paling baik pernah aku temu dan bersama,
Namun sayang, bukan jodoh kita,
Inilah penyudahnya,
Kau lebih baik dengan si dia,
Yang bisa melengkapi setiap sudut hidupmu,
Nafasmu, kasihmu, dan hatimu,
Tapi sayang, ku mahu kau tahu,
Ini bukan kehendak hatiku,
Kerna aku hormati orang tua mu,
Mereka lebih tahu siapa terbaik buatmu,
Untuk itu, izinkan aku mengundur diri,
Meninggalkan diri dan jasadmu...

Dan. . . sudah.. sudah..

Lupakan aku..

No comments: