Aku kenali mereka di sana,
Di atas puncak sana,
Di atas puncak yg penuh dengan awanan,
Sejuk bersama,
Berpanas pun bersama,
2 bulan setengah sangat singkat masanya,
Sangat cepat rasanya.
Pelbagai wajah, pelbagai karenah,
Aku temui, Aku jalani, Aku kenali,
Itu lah mereka,
Yang pernah dan tetap tersemat dalam hati.
Segala rasa duka dan gembira,
Dikongsi bersama,
Dirasa bersama,
Tiada pernah yg memaling,
Andai aku ditimpa bencana,
Malahan tangan-tangan mereka yang menarik aku,
Terus maju..
Mereka, Mereka, Mereka..
Adalah Sahabat,
Dan walaupun kini, kita jauh,
Tiada masa untuk bersama,
Melalui puisi ini,
Aku luahkan segala perasaanku,
Betapa kasihnya aku,
Pada mereka yang takkan pernah luput dari hati dan sanubariku..
GEMS GVR01
GOLDEN TANK Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment