Thursday, January 1, 2009

Malam itu..(cont.)


DUBB!!
Bunyi dentuman dari arah belakang kereta mengejutkan mereka semua. Aya , Daryah dan Sad berpelukan. Mereka tidak berani toleh ke belakang. Akram pantas menekan kunci pintu.

"Akram.. huu ape tuu...??" Bob gagap.
Akram sekadar mengeleng kepala.
"Aku takut la Sad... "Daryah merintih. Sad memeluk erat rakannya. Aya menutup mata dan telinga.

DUBB!!
Bunyi lagi. Seakan2 ada org yg mengetuk2 bonet belakang kereta. Akram memberanikan diri. Dia perlahan2 menoleh kearah side mirror bahagiannya.

"Ya Allah.." Akram beristigfar.
Degup nadi dan jantung makin kuat. Dia segera menoleh kearah Bob.
"Bob. ko ingat tak yg aku suruh ko wat semlm tu.. "Bob pelik.
"Ala.. yang aku suruh ko save tu.. kat dlm ko nye psp?? igt takkk??"
Bob masih keliru. Akram pantas merampas psp dari Bob. Bob terkelu.

"Sad.. " Daryah berbisik
"Aku tutup mate gak ni. ko jgn tanye aku ape2..~ huhu.."Sad segera menjawab.

"Bismillahirahmanirahim.. Yaasin~.." Kedengaran suara surah Yaasin di bace dari PSP milik Bob. Bob mengangguk tanda faham. Semakin kuat. Sad, Aya dan Daryah tak keruan. Dentuman tadi berhenti.

"Korang. aku rase dah takde ape2 kot.."Akram mulai bersuara. Dia menoleh kearah Bob. Bob cuak.
"argh.. blum lagi! Kat tepi hang!! f@!%^!&" Mereka semua menjerit .

ARGGHH!!!!

*************************************************************************************
"Minta maaf la kalu pakcik ni menakutkan anak. .. malam2 cam gini. wat ape kat sni.?"
"Pakcik. kereta kami rosak." Akram mengesat dahinya, berpeluh. Pak Cik itu menggelengkan kepala. Pakcik itu berpakaian lengkap baju melayu dengan kain pelekat berwarna putih. Tak lupa juga kopiah putih dikepala. Macam2 tok imam kampung cam tu.

"Meh. Pakcik tolong"
Bonet kereta hadapan di buka. Bob dan Akram menemani pakcik itu. Meanwhile, didalam kereta..

"Aya, lega siot. Aku dah cuak gile tadi"Daryah mengurut2 dada tanda lega.
"Aku pening kepale dah ni.. sebb takut sgt! huhu." Aya menyandarkan kepalanye ke seat kereta sambil tangannye mengurut2 kepala. Pening.
"Alhamdulillah kan. takde pape. Nasib baik Bob bwk psp ade bc Yaasin.. haa kalu tak.. "
Sad turut lega. Meanwhile, di luar..

"Pakcik dari mane ni? " Akram mula bertanye.
"Dari surau nak. Pakcik nampak kereta anak ni. Pakcik jalan kaki je dari rumah ke surau. Ikut jalan ni. Pakcik nampak kelibat kamu berlima. Pakcik ketuk dulu bonet blkg. Tapi semua pun tak pandang belakang. Pakcik bagi juge salam. .. Tapi kamu semua macam tutup telinga je. Tu yang pakcik ketuk lagi bonet kamu.Tgk2 kamu ade pgang mcm torchlight. Pakcik trus pg ke tempat drebar ni hah. Nampak kamu. Kamu semua menjerit. Terkejut pakcik."
Akram ketawa kecil.
"Maaflah pakcik. Dah start pikir bukan2 tadi. Tu yang ntah ape2 reaction tu. hehe" , Akram tersengih2.
"Jap ye nak . Pakcik nak tgk ape masalah kamu ni"
Bob fokus memegang torchlight. Disuluh2 kearah enjin kereta.
"La.. nak. Takde masalah besar pon. Kabel ni tercabut"
Pakcik itu pantas menyambungkan kabel tersebut. Seperti org pro. Dia menyuruh Akram menghidupkan enjin kereta. VROOM~ Mereka semua tersenyum.

"Terima kasih banyak2 pakcik.."
"Same2 nak.."
"Nak kami tumpangkan?" Akram mempelawa pakcik tersebut.
Pakcik itu hanya menggeleng kepala. Tak perlu katanya.
"Pesanan pakcik ni nak, pandu cermat2, anak2 dara ni. Segera hantar pulang. Ye. Jangan wat perkara tak elok. Itu aje."
"Terima kasih"

Kereta sudah ok. Tanpa berlengah, mereka memulakan perjalanan. HON! HON! Mereka melambai kearah pakcik tersebut. Pakcik itu tersenyum lalu melambai kembali.

Dalam kereta...

"Baik la pakcik tu.. name dia sape eh?" Daryah memulakan perbualan.
"Ahh~ Aku lupe lak nak tanye td..ko tanye Bob?" Akram menjeling kearah Bob. Bob sekadar menggeleng.
"Ko ni.. ape la bleh lupe tanye. adeh" Sad menyampuk.
"Aha Akram. haha .. tapi takpe, pakcik tu dah tolong kita. Mekasih Pakcik!" Aya menjerit kecil. Mereka semua tertawa.
"Tapikan korang.. aku pelik la. Pakcik tu jalan kaki kan. sorg.. aku tak nampk kampung mane2 pon kat sni"Mereka terdiam.
"Ade kot. kat sni2. just tak nampak" Daryah cuba menenangkan hati.
"Kelapa sawit je ni.." Bob pula menyampuk. Mereka seakan2 tertanya2 , dimana letaknya perkampungan pakcik yang mereka temui tadi.
"Dah ah. Tak yah pikir.Pakcik tu insyallah selamat. Ade la kampung2 kat dalam2 ladang ni kot" Akram mula menguatkan volume radio kereta. Akram memperlahankan kereta. Ada traffic light pulak . Tapi pelik. Lampu nye merah. Takde kereta pon. Patut hijau aje.

"Akram... Sape lambai tuh" Bob menundingkan jarinya kearah lembaga yang sedang berdiri dekat dengan tiang traffic light tersebut. Tak jelas. Akram high beam.Lembaga itu tersenyum. Lampu hijau.

"YA ALLAH!" Mereka menjerit. Akram trus speed laju.

*************************************************************************************

"Akram..cam ne pakcik td bleh sampai situ dulu..?"

Itu satu misteri yang mereka takkan pernah tahu.....

Tapi terima kasih pada pakcik. Kerana telah membantu mereka utk meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Hanya Tuhan Yang Tahu.. peristiwa Malam itu...

TAMMAT.

No comments: