Cahaya flash dari camera Sony a580 milik Haziq memecah hening malam.
Kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri megah di hadapan rumah kosong seakan-akan menari-nari menunjukkan pose.
"Cepat skit Haziq, dah malam sgt nih"
"Sat2, hang berdiri sket kat sane tuh, tak pun hang ke tepi, aku nak amik gambar ni"
Pantas Ekhram mengalihkan kedudukannya dan berdiri bersebelahan dengan Haziq. Malam itu hitam pekat. Tiada angin dan bunyi serangga malam pun kedengaran. Hanya salakan anjing liar ditemani sinaran cahaya bulan yang menemani mereka.
"Haziq, kalu tak sebab ko nye class project, tak mahu aku pi sini", luah Ekhram perlahan.
"Maaf la rakan, aku tak daq kereta, hang je la yang boleh bantu aku no.. ", loghat Kedah Haziq memang pekat. Haziq menyambung mengambil gambar di hadapan rumah usang itu. Memang cantik. Projek Kreatif Malam yang diberi oleh Puan Khalidah memang unik. Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan gambar bertemakan keunikan di malam hari. Kreativiti Haziq yang sedikit berlainan dari pelajar yang lain menjadikan dirinya berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
HON HON !!
Suraya melambai kearah mereka berdua.
"Cepat laahh.. Dah malam sangat ni.! Aku lapar ni!"
Keasyikan Haziq mengambil gambar rumah usang itu menjadikan mereka berdua terlupa akan kewujudan Suraya yang setia menanti didalam kereta Honda milik Ekhram.
"Itu laa. Aku kate tak payah ikut. Ko ni anak gajah ke ape?! Tadi kan dah makan."
Ekhram menteriak ke arah Suraya. Gadis bertudung ala Yuna itu menjeling sambil mencebikkan bibir.
30 minit kemudian .. Jam 1.30 malam...
"Okay la, aku rasa dah cukup ni. Jom la kita balik" Haziq tersenyum memandang kearah koleksi gambar yang diambilnya. Ekhram mengangguk tanda setuju. Perlahan sambil menghisap rokok mereka berjalan kearah kereta. Suraya sudah tertidur.
Keadaan disekeliling ketika itu sedikit sejuk dan berangin berbanding dengan waktu mereka tiba tadi. Rumah banglo tiga tingkat milik Arwah Dato Zahid memang besar. Siap ada kolam renang di belakang rumah. Hartawan kaya itu sudah tiada lagi. Rumah banglo usang itu ditinggalkan bertahun lama. Khabarnya, hartawan itu sudah pun meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Mati dibunuh!Sejak itu, banyak cerita yang timbul tentang rumah tersebut. Ada yang menyatakan mereka pernah ternampak kelibat lembaga seperti Dato Zahid dan isterinya Datin Mariam di rumah usang tersebut. Cerita-cerita hantu pendek yang direka atau benar itu dijaja dari mulut ke mulut. Namun bagi Haziq, itu hanyalah cerita. Semua yang ghaib itu juga adalah makhluk Tuhan.
Kereta Honda 2.8 milik Ekhram menderum. Perlahan mereka menuruni bukit meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Suraya sudah pun melelapkan mata. Berdengkur.
"Teruk betul Su ni tido. Takde la orang nak kawin dengan dia ni, berdengkur mengalahkan gajah" Ekhram berseloroh. Haziq hanya ketawa kecil.
Halaman rumah Dato Zahid memang besar. Sepanjang perjalanan mereka dari rumah ke pintu utama mengambil masa lebih kurang 2-3 minit. Keadaan disekeliling mereka penuh dengan semak samun. Jalannya juga sedikit berlubang menyebabkan perjalanan sedikit terganggu.
"Eh, asal pintu gate ni tutup. Bukan ko biar terbuka ke Ekhram?"
Haziq menoleh kearah Ekhram. Ekhram mengangguk tanda setuju. Kereta Honda itu berhenti dihadapan pagar.
"Takpe, ko pegi buka kan pagar" Ekhram menyuruh. Tangannya erat memegang stering kereta. Haziq setuju. Pantas dia keluar membukakan pagar. Tiba-tiba...
HON! HON!
"MASUK WEEIYH! MASUK BODOH!!" Ekhram menjerit kuat ke arah Haziq. HON kereta dibunyikannya berkali-kali. Haziq sedikit panik. Hanya sebelah pagar sahaja yang sempat dibukanya. Pantas dia berlari menuju ke kereta.
"Asal hang ni?! Panggil aku BODOH, hang tu tak BODOH ka? Iskh! " Haziq kecewa dengan teriakan rakannya. Dia masuk ke dalam kereta. Ekhram yang sedikit gelabah pantas menekan butang mengunci kereta.CLICK! Semua pintu berkunci. Dia sedikit panik. Suraya yang terjaga akibat teriakan Ekhram terdiam memandang kearah Ekhram dan Haziq. Suraya yang pada mulanya duduk bersandar rehat diruang belakang, kini dia sedikit ke hadapan mendekati handbrake dan pemandu kereta.
"Aku takut laa....Asal ko ni..?"Suraya berbisik berpeluk tubuh dan memandang ke bawah. Haziq hanya memandang kearah Ekhram.
"Jangan pandang belakang ... " Ekhram perlahan membisikkan pada rakannya. Haziq mula takut. Tetapi, kerana perasaan ingin tahu, Haziq memberanikan diri. Tapi bukan menolehkan muka memandang belakang, tetapi menggunakan kamera nya. Perlahan dia memicit punat kamera tersebut.
FLASH! !
Ekhram memecut keluar dari halaman tersebut. Suraya menutup matanya sambil berselawat. Haziq pula memegang erat kameranya. Bagaikan Micheal Shcumaker Ekhram memandu laju menuruni bukit. Jalan masih gelap. Dengan penuh pasrah, mereka berdoa agar cepat sampai ke highway KL-Seremban.
20 minutes later..
Alhamdulillah, akhirnya mereka sampai di warung milik Pak Cik Iskandar. Keadaan disitu sedikit riuh rendah dengan perbualan sekumpulan pelajar universiti yang masih melepak. Mereka bertiga duduk. Namun, masih mendiamkan diri.
Haziq mengeluarkan kamera nya lalu membuka album didalam memory card untuk melihat koleksi yang ditangkapnya.
"AAAHHHH!!!" Suraya menjerit lalu pengsan. Ekhram pantas menyambut Suraya. Haziq tersentap dan kamera kesayangannya jatuh ke tanah. Sekumpulan pelajar lain yang berdekatan datang kearah mereka.
"Bang.. bang, okay tak? Kenapa ni?"
Seorang daripada mereka memegang bahu Haziq. Perlahan Haziq menunding jarinya kearah kamera miliknya. Pelajar itu berasa pelik dengan kelakuan Haziq. Beberapa orang pelajar perempuan yang lain pula memangku Suraya.
"Apahal dengan kamera ni .. "
Pelajar itu pantas mengangkat lalu melihatnya. "Astagfirllah.."
.......
Dua badan yang berlumuran darah tanpa kepala duduk disisi Suraya didalam kereta dengan berpakaiankan kain kapan.....
"Itu la aku kate, jangan pandang belakang.. ko degil"
"Tapi aku guna kamera.. "
SEKIAN.